11 Wanita Ini Menceritakan Pengalaman Pahit Manis Mereka Sebelum Menggapai PhD

Srikandi

PhD merupakan suatu proses unik. Ramai yang mencuba untuk mendapatkannya, tetapi ramai yang kecundang. Mereka yang berjaya pula melalui pelbagai halangan. Ada orang mengatakan ia suatu proses yang cukup perit dan meletihkan.”

PhD atau Doktor Falsafah mengikut kamus Oxford Advanced Learner‘s Dictionary ialah ijazah tertinggi yang dianugerah oleh sesebuah universiti. Penganugerahan tersebut dibuat setelah calon berjaya membuat penyelidikan yang mencapai standard PhD dalam sesuatu bidang.

Pendek kata, ijazah PhD bukanlah suatu ijazah yang mudah diperoleh. Ia melalui satu proses pembelajaran dan penyelidikan yang tinggi mutunya sesuai dengan status ketinggian ijazah tersebut.

Srikandi PhD: Cerita, Cita-cita dan Cabaran merupakan himpunan 11 penulis wanita yang telah berjaya memperolehi ijazah tertinggi akademik dalam bidang masing-masing. Setiap penulis mempunyai kisah-kisah tersendiri tentang pengalaman pahit manis selama proses mengejar cita-cita dalam bidang akademik.

Syabas Srikandi PhD!

Comments

comments

You may also like...

1 Response

  1. Srikanda says:

    Tahniah wahai puteri2 yang bijaksana lagi rupawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.