Kefahaman Isu Semasa Islam di Malaysia

buku

Kefahaman Islam di Malaysia:Realiti dan Cabaran terbitan Persatuan Ulama Malaysia 2015.

Buku ini merupakan kompilasi makalah pembentangan sempena Seminar Kebangsaan Pemikiran Islam Semasa anjuran NGO tersebut.

Tema-tema yang disinggung lewat makalah yang dibentangkan berkaitan Perundangan Islam di Malaysia,Isu Akidah Semasa,Ekstremisme Agama serta Kesatuan Umat(Wehdatul Ummah).

Antara yang menarik dan isu yang tidak habis didiskusikan di mana-mana medium sekalipun ialah makalah oleh Dr. Saadan Man berjudul “Khilafiah Kaum Muda-Kaum Tua dan Khilafiah Masa Kini:Isu dan Tema di mana pemakalah menbuat analisa retrospektif terhadap polemik ini dari sudut persejarahan secara ringkas berdasarkan kajian lepas serta memfokuskan beberapa tema yang sering diperdebatkan khalayak samasa khalifiah bercorak klasik dalam ibadah atau akidah serta membincangkan beberapa isu khilafiah masa kini yang menjadi polemik merentas zaman.

Buku separa ilmiah amat sesuai untuk khalayak awam memahami isu dan tema yang dibincangkan dan amat wajar dimiliki oleh setiap individu Muslim khasnya.

Comments

comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.