Apakah Kejuruteraan itu Seni atau Sains? Buku ini Menjawab Persoalan

IMG_0068

Buku terbitan UKM ini adalah intisari ucapan Syarahan Perdana Profesor Dato’ Dr Haji Wan Ramli Wan Daud pada tahun 2010. Beliau baru-baru ini merupakan salah seorang penerima anugerah Minda Paling Berpengaruh di dunia yang diiktiraf oleh Thomson & Reuters

Abstrak

Sejarah perkembangan ilmu kejuruteraan disorot bagi menentukan hubungan ilmu itu dengan sains dan teknologi dalam usaha menemui epistemologi kejuruteraan. Sorotan ini juga bagi menjawab persoalan sama ada kejuruteraan itu sains gunaan atau merdeka daripada sains, neutral atau bergantung kepada agama, budaya dan bahasa ibunda komuniti yang menciptanya dan mendahului atau didahului oleh sains.

Kaedah pernilihan teknologi berasaskan bukti kesan buruk teknologi yang sudah berlaku, dunia tak aman masa depan dan kepupusan sumber dikritik dan kefahaman teknologi, ekologi dan etika Islam dikupas bagi menemukan kaedah pemilihan teknologi altematif. Kaedah kejuruteraan dikupas untuk memahami perolehan dan pembinaan ilmu kejuruteraan melalui reka cipta, reka bentuk dan inovasi artifak kejuruteraan, pemodelan kejuruteraan bagi menyelesaikan masalah penskalaan dan sains kejuruteraan bagi melengkapkan kefahaman tentang prestasi reka bentuk.

llmu kejuruteraan karya sendiri dikaji bagi menjelaskan lagi ilmu kejuruteraan. Syarahan ini membuktikan bahawa ilmu kejuruteraan bukanlah sains gunaan, tetapi suatu ilmu yang merdeka dan berautonomi dengan tradisi tersendiri, tidak bebas nilai kerana dipengaruhi budaya dan agama dalam ungkapan bahasa ibunda dan telah mendahului sains. Pemilihan teknologi berasaskan fahaman teknologi, ekologi dan etika Islam yang mementingkan akhlak dan keadilan jelas lebih baik daripada pemilihan teknologi berasaskan kesan buruk teknologi, ketidakamanan dunia masa depan, pengurangan bekalan sumber dan etika barat.

Kaedah kejuruteraan adalah reka bentuk dan reka cipta; dan penggodek -godekan dan ujian berparameter contoh sulung dan loji pandu. Kaedah reka bentuk Islam berasaskan kesatuan, peniruan reka bentuk makhluk, kawalan kendiri yang menghasilkan artifak kejuruteraan yang praktik dan bermanfaat kepada umat. Pemodelan kejuruteraan yang secocok dengan artifak digunakan untuk meramal kelakuan artifak dan bagi meningkatkan skalanya. Reka cipta itu digodek, direka bentuk dan diinovasi menjadi artifak kejuruteraan atau teknologi mengikut lengkung tumbesaran S.

Kaedah reka bentuk pula terdiri daripada sintesis yang merupakan langkah berdaya cipta, dan analisis yang merupakan langkah penilaian reka bentuk. Suatu kaedah sintesis proses kirnia berhierarki dicadangkan berasaskan kesatuan reka bentuk Islam, dan prinsip mikro dan makrokosmos al-kimiya. Lantaran pemodelan kejuruteraan adalah salah satu kaedah peningkatan skala reka bentuk, maka kecocokan model itu dengan artifak kejuruteraan lebih diutamakan daripada kesahihan model dengan sains. Kedua-dua ilham dan heuristik adalah asas penting epistemologi kejuruteraan.

SUMBERPenerbit UKM

Comments

comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.