Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki

ikhwahInche Gabbana bukanlah asing bagi anak muda yang sering mengikuti tulisan beliau di media sosial. Inche Gabbana dengan identiti tersembunyi mempunyai laman blog yang popular, Angel Pakai Gucci yang diwujudkan sejak 2008. Ini diikuti dengan laman Facebook yang mempunyai hampir 90,000 pengikut dan Twitter dengan 62,000 pengikut.

Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki adalah kumpulan tulisannya dari blog Angel Pakai Gucci. Terdapat 37 tulisan yang dihimpunkan dalam 6 bab berbeza. Secara keseluruhan penulis mengajak para pembacanya yang rata-rata terdiri dari anak muda untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, mengenepikan secara bolak balik prasangka dan merujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah sebagai panduan hidup. Meskipun dalam bahasa bersahaja, penulis bersifat serius dalam menghantarkan pandangannya dan kritis menghuraikan permasalahan ummat lalu mencadangkan penyelesaian yang boleh menjadi panduan untuk dilaksanakan.

Siapa Inche Gabbana? Tiada siapa mengetahuinya. Dia mahu kekal sebagai seorang anak muda yang gemar memakai jeans, sering mengikuti usrah, menulis tentang dakwah dan tarbiyah dengan gaya anak muda dan tulisan yang memikat dan bersahaja. Dia hanya mahu menjadi inspirator; tukang memberi inspirasi pada orang lain. Katanya, ‘sekiranya anda benar-benar beriman dengan manhaj taghyir dalam membawa perubahan yang total kepada masyarakat, maka ia perlu dimulakan dengan pembinaan individu-individu muslim dari bawah lagi’ (hal 21).

Cabaran dalam berjuang diketengahkan sebagai panduan pendakwah mendepani halangan. Katanya, ‘dan kita akan terus diuji dan ditapis, dicuba dan dibersihkan, sehinggalah yang tinggal dalam kalangan kita ni, yang benar-benar ikhlas dan tulus dalam memperjuangkan panji-panji kebaikan ini’ (hal 43).

Oi Budak Usrah sedikit sebanyak bercerita tentang dirinya yang memang diakui sebagai budak usrah. Penulis banyak menulis kebaikan dan kepentingan usrah tatkala ramai pihak yang enggan melibatkan diri atau menlabelkan usrah sebagai kelompok manusia yang berkepentingan. Penulis banyak kali mengingatkan akan perana usrah yang menjadi medan tarbiah bagi anak-anak muda yang mahu menimba ilmu dan agama. ‘Dalam tujuh wasilah dakwah yang ada itu, bulatan gembiralah (usrah) yang paling penting sekali, tanpa menidakkan kepentingan dan peranan wasilah-wasilah yang lainnya’ (hal 160). Malah penulis selalu menekankan bahawa, ‘Moga kita terus tamayus, berdiri teguh di atas panji-panji Islam yang mulia, tidak menjadi pfitnah kepada dakwah ini’ (hal 83).

Banyak jargon atau bahasa slanga anak muda diguna pakai sesuai dengan tulisannya untuk anak muda. Sekiranya pembaca tidak biasa membaca tulisan beliau, pastinya sukar mengaitkan apakah yang dimaksudkan dengan ‘bulatan gembira’ dan ‘konferens riang’. Menyedari hakikat ini, Daftar Kata di penghujung buku disediakan bagi membantu pembaca memahami konteks tulisan.

Comments

comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.