LEFTENAN ADNAN SAIDI – BUKAN PEJUANG BANGSA (?)

LA

LEFTENAN ADNAN SAIDI – BUKAN PEJUANG BANGSA (?)

Diambil dari status FB Malaysia Military Power di pautan ini

ya tajuk ini adalah apa yang disebut oleh seorang mufti negeri di utara tanah air. Siapa anda tanya, nama beliau Dr Asri. Alah mufti kontroversi yang selalu kata orang lain salah dia je betul tu.

Ya video tersebut sudah berusia beberapa tahun, tapi ia agak menjengkelkan kerana ia di korek semula oleh pembangsat politik yang masih lagi enak-enak sengaja cuba bermain api dengan sejarah perang negara ini.

Kata beliau Leftenan Adnan ini adalah terlalu diagungkan oleh masyarakat kita walhal sebenarnya beliau berjuang untuk British ketika penaklukan Jepun.

Oh hebat. Bila Tun Razak jadi spymaster ada bangangpolitik kata dia tali barut Jepun. Bila Leftenan Adnan lawan Jepun kau kata pula dia barua British. Teruk betul penyakit hati dan permasalahan identiti masyarakat Malaysia ni, hanya sebab taksub dengan politik.

Beginilah Dr MAZA. Nak beritahu kepada anda sebagai seorang ahli ugama yang bergelar mufti, kenapa anda hanya quote satu sumber iaitu Dato Professor Abu Talib. Sedangkan banyak rekod dan dokumen mengenai REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA tersimpan dan telah dikaji oleh ramai sejarahwan dalam dan luar negara terutama di dalam negara kita dan di Singapura.

Leftenan Adnan bukan berjuang untuk tanah air kata anda.

Kalau begitu siapa yang berjuang untuk tanah air. Lai Teck kah…Chin Peng kah…kalau saya sebut Yeop Mahidin nanti anda tak kenal, kalau saya sebut Tun Razak anda akan cebik mulut dan mengatakan yang bukan bukan.

Dr MAZA, tuan adalah seorang yang terpelajar, takkan tak belajar tentang cross reference..?

Ada Dr baca tentang sejarah bagaimana Rejimen Askar Melayu ditubuhkan..? Adakah tuan pernah datang sendiri ke Muzium Tentera Darat di Port Dickson untuk dapatkan maklumat sejarah, atau tuan berbondong-bondong datang ke Singapura, ke tempat yang di panggil Pasir Panjang untuk melihat sendiri sejarah Rejimen Askar Melayu bertahan dan melawan kemaraan Imperialis Jepun.

Adakah DR sendiri pernah kaji sejarah Rejimen Askar Melayu Diraja..pernah ketemu veteran-veterannya, baca sejarah pelopor RAMD…?

Tuan sudah rujuk pada sejarahwan-sejarahwan militer?

Seperti mana dalam ugama yang mana Al Quran dan nas-nas hadith mestilah selari, seperti itu jugalah disiplin ilmu lain seperti sejarah. Anda hanya bersandarkan pada satu sumber tetapi tidak pun menyentuh sumber-sumber lain.

Beginilah saya ceritakan, dimana RAMD sebagai singkatannya adalah usaha Raja-Raja Melayu (ya termasuk Raja yang anda memberik khidmat di negeri anda itu) untuk mewujudkan satu defence force di Malaya tanpa perlu kebergantungan kepada rejimen askar lain seperti India mahupun Gurkha.

Setiap Rejimen tentera kita ada proud history mereka yang tersendiri, seperti mana mendiang Kanang adalah lambang keperwiraan Rejimen Renjer, begitu jugalah almarhum Leftenan Adnan bagi Rejimen Askar Melayu…

Saya memetik sejarah bagaimana Rejimen Askar Melayu ini ditubuhkan atas desakan Raja-Raja Melayu, :

Desakan ini dibuat semenjak tahun 1902 dan desakan tersebut dilakukan secara lantang oleh Sultan Perak Ke-30, Almarhum Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-7, Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah, Yang Amat Mulia Raja Sir Chulan (Putera ke-2 kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah, Sultan Perak Ke-26 yang dibuang negeri ke Seychelles) dan Datuk Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau yang ke-18).

Nama-nama Raja-raja dan pembesar yang disebutkan tadi bukanlah calang-calang orangnya. Undang Luak Rembau ke-18 adalah antara tokoh yang dilupakan yang cuba membela nasib Melayu untuk mendapatkan pendidikan semasa pemerintahan British dan pelantikan beliau sebagai Undang Luak Rembau pada usia muda bukanlah satu perkara yang remeh. Raja Chulan pula memperjuangkan hak-hak Melayu untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor pentadbiran dan juga akses pendidikan yang lebih baik serta memainkan peranan dalam pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Sultan Perak Ke-30, Almarhum Sultan Iskandar Shah pula merupakan seorang anggota polis dan menjadi Penolong Pesuruhjaya Polis di Kuala Lumpur. Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah pula putera kepada Almarhum Tuanku Yamtuan Antah ibni Yamtuan Radin dan juga merupakan nenda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kita yang pertama.

Melihat kepada susur galur dan jasa-jasa Raja-raja dan pembesar-pembesar yang lantang bersuara untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu ini – adalah menjadi satu persoalan kenapa pula Allahyarham Leftenan Adnan dan rakan-rakannya yang lain telah dicap sebagai pejuang British?

Mungkin sebabnya penubuhan Rejimen Askar Melayu pada ketika itu dibuat pada zaman penjajahan British tetapi mengapa pula para Raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu berkeras untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu?

Desakan penubuhan Rejimen Askar Melayu sebenarnya memakan masa hampir 30 tahun sehinggalah terbentuknya Rejimen Askar Melayu yang pertama pada 1 Mac 1933, yang menjadi tarikh keramat kepada Rejimen Askar Melayu Diraja dan juga sambutan Tentera Darat Malaysia pada setiap tahun.

Kenapa penubuhan Rejimen Askar Melayu adalah sesuatu yang sukar dilakukan? Kerana British takut akan pemberontakan oleh masyarakat Melayu tetapi golongan-golongan pemimpin Melayu pula berusaha menggelakkan pertumpahan darah dan pada masa yang sama memastikan kelangsungan hidup bangsa Melayu di bumi sendiri terbela.

Dan sebenarnya, penubuhan Rejimen Askar Melayu adalah hasil titik peluh para Raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu yang mahukan nasib anak tempatan dibela dan berbakti kepada tanah kelahiran sendiri. Malah, Almarhum Sultan Perak ke-30 mahukan sistem pangkat dirombak dan pentadbiran Rejimen tersebut dibawah kuasa Sultan dan Raja Melayu tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian kerana ada diantara tonggak utama dalam suara mendesak penubuhan Rejimen Askar Melayu telah kembali ke Rahmatullah.

Tuan sekarang hendak menafikan Leftenan Adnan sebagai wira bangsa pula?

Menuduh Allahyarham Leftenan Adnan Saidi sebagai pejuang British tidak ubah seperti menconteng arang ke muka kepada bangsa kita sendiri dan juga pejuang kita dahulu. Bagaimana dengan Sarjan Jamaluddin Mohamad (Sungai Semur 3RAMD) dan Kapten Hassan yang wataknya disadur sebagai Sarjan Hassan dalam filem P.Ramlee sebagai pejuang menentang Jepun, dan tidak lupa akan 1674 – Prebet Ujang Mormin.Nama-nama yang disebutkan tadi merupakan antara ‘survivor’ atau yang terselamat dalam pertempuran akhir di Singapura.

Baiklah kalau bukan Leftenan Adnan siapa yang tuan hendak sarankan menjadi wira bangsa…ah mungkin Abu Musab Al Zarqawi atau Khomenei boleh jadi hero bangsa barangkali…. tongue emoticon

Jangan tak tahu tuan, komunis bintang tiga itu pun bersekongkol dengan British….manakala Kesatuan Melayu Muda pula bersekongkol dengan Jepun, begitu juga MPAJA yang kemudiannya mendapat bantuan senjata dan latihan dari British, jadi siapa yang Dr nak agungkan sekarang…?

oh jangan tak tahu, Askar Wataniah pun melawan Jepun dibawah naungan Force 136 yang turut mengepalai MPAJA….kenal Yeop Mahidin…dna Dr tahukah siapa orang-orang dalam Askar Wataniah itu….?

Banyak-banyak kan membaca sejarah negara kita ini ya tuan

Jadi saya hendak nasihatkan kepada tuan mufti, itu pun kalau boleh terimalah nasihat kami yang bukan orang ugama ni…

Mengkaji sejarah negara itu perlu tidak bias, perlu melihat kesemua sumber dan barulah bisa mewujudkan satu kesimpulan yang baik, bukan dengan hanya bersandar pada satu sumber kemudian berpegangan dengan sentimen politik…saya berani cakap sebab kami lebih kenal komunis dari kalangan ahli politik dan pemuda-pemuda yang baru nak kenal sehari dua komunis tapi julang macam raja……

Untung ada Leftenan Adnan dan 25 orang anak muda bangsa yang walaupun senjata dan latihan di bekalkan oleh British tetapi jiwa raga mereka tetap utuh untuk mempertahankan tanah air, ugama dan bangsa dari pembantaian Jepun dan jasa mereka sama tinggi dengan jasa pejuang-pejuang anti kolonial seperti Dato Haji Abdul Rahman Limbong dan Dato Maharaja Lela, atau Rentap, Paduka Datu Mat Salleh dan Dato Dol Said, atau pejuang anti kolonial Belanda dan Portugis seperti Hang Nadim…..sekurang-kurangnya Leftenan Adnan syahid mempertahankan ugama dan bangsa serta berani mengangkat senjata melawan musuh, dan bukan semata-mata berdemo melaungkan kata nista di himpunan-himpunan….atau mati katak buta terikut fahaman ugama fanatikal yang membelakangi ugama dan negara yang sebenar-benarnya…

Dan kita sepatutnya malu bahawa kisah perjuangan Leftenan Adnan sentiasa diingati di Singapura berbanding di Malaysia tanpa sebarang persoalan.Tidak malukah kita, yang menghuni tanah kelahiran seorang pejuang mempersoalkan jasa dan bakti seseorang yang pernah dilahirkan dan dibesarkan di tanah kita?
Semangat juang Rejimen Askar Melayu pada ketika itu pula dikagumi oleh generasi kini di negara jiran yang sanggup membuat ‘short-filem’ dan juga animasi yang berkisar dengan perjuangan terakhir Leftenan Adnan Bin Saidi.

Tuduhan mengatakan Leftenan Adnan bin Saidi dan Rejimen Askar Melayu sebagai pejuang British dan Jepun lebih baik dari British mungkin tampak ringkas tetapi sebenarnya merobek luka di hati mereka yang telah mengalaminya dan juga kepada ahli keluarga mereka. Dan berapa ramai yang tahu bahawa Kempei berusaha menjejak keluarga Leftenan Adnan bin Saidi semata-mata kerana dendam tetapi gagal.

Mungkin polemik tersebut timbul kerana kekurangan pengetahuan dalam sejarah dan juga tidak melakukan rujukan secara silang. Tidak salah jika bertanya dan tidak akan hilang bisa ular jika menyelusuri akar.

Harus diingat, kita sebagai manusia perlu tahu bahawa apa yang keluar dari mulut kita, yang ditaip dari jari kita adalah mencerminkan siapa kita sebenarnya dan menunjukkan sama ada kita adalah manusia yang benar-benar ada ilmu atau hanya sekadar mencari populariti di mata umum.

Dosa kita kepada Allah, kita boleh mohon keampunan dari-Nya kerana Dia Maha Pengampun tetapi dosa sesama manusia pula kita perlu memohon maaf dari mereka yang kita lukai. Andai terkasar bahasa, kami memohon maaf dan ampun kerana kami terpaksa lakukan demi maruah bangsa.

Al-Fatihah kepada pejuang nusa dan bangsa, tak kira bila dan dimana jua mereka telah gugur dan begitu juga kepada mereka yang telah pergi menghadap Ilahi.

share

-ikansadinmknorang-

p/s – komen politikbodoh akan didelete dan ban seluruhnya…tak suka pegi mampos

 

Comments

comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.