Membedah P. Ramlee – Buku Yang Wajar dimiliki oleh Semua Peminat dan pengkaji Sejarah Filem Seniman Agung

bedahpramlee
Daniyal Kadir, penulis buku terkini seniman Agung Tan Sri P.Ramlee adalah seorang penulis yang banyak mengkaji tentang riwayat filem-filem arahan P.Ramlee.

Walaupun beliau hanya mengambil filem-filem tertentu sahaja terbitan Malay Film Production, ia cukup menggambarkan bahawa Tan Sri P.Ramlee adalah sosok agung dalam persejarahan filem tanah air.

Menurut penulis buku ini, filem-filem arahan dan lakonan era Malay Film Production sarat dengan pemikiran yang tajam, matlamat pembikinan yang mempunyai hala tuju yang jelas serta kritikan terhadap masyarakat yang hebat. Masakan tidak, salah satu dialog terkenal dalam filem Antara Dua Darjat, yang memaparkan kritikan sosial terhadap keturunan diraja, semasa Sudin menasihati Ghazali;

“Ghazali, orang yang berdarah feudal macam Tengku Karim itu dia lebih suka melihat anaknya mati daripada melihat anaknya membuat perhubungan dengan orang kebanyakan seperti kita.”

Begitu juga dalam filem Ibu Mertuaku!

Dialog-dialog ungkapan Nyonya Mansor

“Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?

“Ahli Muzik”

“Ahli Muzik?!” Memang pantang datuk nenek aku Ahli Muzik!”

dan banyak lagi dialog-dialog di dalam filem P Ramlee yang dipaparkan dalam buku setebal 207 mukasurat ini.

Sebanyak 16 filem yang diulas secara kritis dalam buku ini termasuklah Penarik Becha,  Semerah Padi, Labu-Labi, Ahmad Albab, Ali Baba Bujang Lapok dan banyak lagi. Di akhir buku ini, diselitkan beberapa kata-kata akhir P Ramlee di hujung usianya yang pada waktu itu juga merupakan era kejatuhan beliau. Ungkapan P Ramlee ketika ditanya wartawan kenapa beliau tidak berlakon lagi ;

“Saya dah tua. Dah lama saya berlakon. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kahwin dan beranak pinak dan dah sembahyang.”

Terus terang kami di Viralbuku.Com tidak jemu menyelak helaian demi helaian catatan Daniyal Kadir tentang P Ramlee dan filem-filemnya yang begitu ‘details’ sekali, sambil mencari-cari catatan yang tidak pernah ditemui dalam buku-buku tentang Seniman Agung Tan Sri Pramlee yang lain.

Syabas kepada penulis!

FOTOFlickr Sham Hardy

Comments

comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.