Strategi Penerbit Indie Pikat Pembaca

Oleh Siti Haliza Yusop

Syarikat penerbitan indie semakin galak mengatur langkah berdepan cabaran kelesuan industri buku pada tahun ini akibat pengaruh kejatuhan nilai ringgit dan keadaan ekonomi yang perlahan.

Meskipun mengakui jualan agak perlahan, faktor kerjasama kuat sesama penerbit indie dan keutamaan pada merangka strategi pemasaran bagi setiap terbitan, menjadi faktor utama komuniti itu semakin berkembang.

Pengasas Buku Fixi (Fixi) Amir Muhammad mengakui penurunan jualan buku tidak dapat dielak terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu memberansangkan.

amirmuhammad-kitaab.org                                                                                                                      Amir Muhammad, sumber kitaab.org

Bagi mengurangkan kesan daripada daya belian pengguna yang semakin berkurangan, Fixi sejak Ogos tahun lalu mula memaparkan novel yang diterima oleh syarikat itu secara percuma dalam laman web dan aplikasi dari Kanada, Wattpad. Amir berkata, Fixi berupaya menerbitkan dua atau tiga judul buku dalam sebulan tetapi melalui Wattpad, semua 40 novel yang melalui suntingan peringkat pertama akan disiarkan secara bersiri setiap minggu.

Tarik Pembaca, Perkenal Penulis

Beliau berkata, strategi yang dipersetujui oleh penulis itu, membolehkan novel yang paling banyak menerima maklumbalas positif  dan diikuti saban minggu oleh pengguna Wattpad, diterbitkan oleh Fixi sebaik selesai siarannya.

“Sejak Ogos lalu, sebanyak 10 novel sudah disiarkan dan tiga daripadanya iaitu Kampung dan Velvet sudah diterbitkan, manakala Permainan pula akan diterbitkan minggu ini.

“Ini strategi yang dilakukan bagi memastikan orang ramai terus membaca kerana kalaupun tidak ramai yang membeli buku terbabit selepas diterbitkan, kai mengambil ia sebagai usaha memperkenalkan penulis saja,” katanya dalam temubual bersama Sastera Berita Harian baru-baru ini.

Amir berkata, jualan dalam talian bagi buku terbitan Fixi meningkat dua kali ganda tahun lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

“Ia memperlihatkan peningkatan kerana ketika Fixi bermula pada tahun 2011, sumbangannya kepada pendapatan keseluruhan hanya sekadar lima peratus sahaja,” katanya.

Menurut Amir, peningkatan aliran pembelian dalam talian ditunjukkan melalui kenpen #MyCyberSale2015 yang berlansungs elama lima hari pada September tahun lalu dengan jumlah terbitan Fixi terjual mencecah puluhan ribu, sekaligus melebih perolehan sepanjang bulan biasa.

Kempen tingkatkan belian Internet

“Jualan dalam talian membantu dalam menstabilkan keadaan tetapi ia menyebabkan kami terpaksi mengurangkan kos, selain tidak dapat membuat pelaburan bagi membeli hak cipta buku dari luar.

“Disebabkan kejatuhan nilai ringgit, terdapat banyak perbezaan dari segi harga hak cipta itu sendiri menyebabkan buat masa ini kami terpaksa menghentikan pembeliannya, tetapi terus menerbitkan buku terjemahan yang sudah dibeli sejak tahun lalu lagi,” katanya.

Sementara itu, penerbit buku indie, DuBook Press Sdn Bhd (Dubook) yang sehingga kini sudah menerbitkan lebih 60 judul, menyasarkan untuk membuka empat lagi kedai di bandar raya utama seluruh negara sepanjang tahun ini.

CEO Dubook, Mutalib Uthman, berkata pihaknya optimis dapat membuka kedai buku di Ipoh, Melaka dan Johor Bahru, selain satu lagi lokasi di Pantai Timur.

Penulis Turun Padan Temui Khalayak

Katanya, DuBook yang wujud sejak 2010 memberi perhatian kepada strategi pemasaran untuk memastikan bukunya dapat dijual termasuk menganjurkan acara mempertemukan khalayak pembaca dengan pemain buku indie seperti Kolumpo Kita Punya dan Kota Bharu Hok Kito di Kota Bharu bermula 25 hingga 27 Februari ini.

“Acara begini sudah lama menjadi wadah bagi penerbitan indie, bukan saja mempertemukan penulis dengan pembaca, bahkan membangunkan kesedaran orang ramai mengenai produk yang dijual sekaligus dapat mengenal pasti selera pembaca masa kini,” katanya dalam pertemuan di Kedai Buku DuBook, Bandar Baru Bangi.

Mutalib-Uthman                                                                 Mutalib Uthman, Sumber absevent.co

Beliau berkata, strategi pemasaran mereka menunjukkan keberhasilannya apabila ada naskhah terbitan syarikat lain yang perlahan jualannya, dibeli haknya oleh DuBook dan kemudian terjual ribuan naskhah.

Pada Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun lalu, DuBook berjaya memperolehi sebanyak RM800,000 sepanjang 10 hari acara itu berlansung, berbanding hanya RM100,000 pada tahun sebelumnya.

Mengakui penerbitan indie turut terkesan dengan keadaan lesu pasaran buku kini, Mutalib tetap optimis untuk meneroka pasaran buku termasuk NuBook Press yang mendekati pasaran buku Islamik yang melangkaui sasaran pembaca mereka.

SUMBER – Sastera, Berita Harian

Comments

comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.